Zahid mohon pasport untuk jalani rawatan di Jerman

0
1
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi bicara hujah akhir kes rasuah Yayasan Akalbudi.

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, hari ini memohon kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur supaya pasportnya dikembalikan sementara.

Ia bagi membolehkannya bekas Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan, lapor Kosmo!.

Peguam Hamidi Mohd Noh mewakili Ahmad Zahid memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya itu menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka di Munich.

“Anak guam saya mengalami sakit belakang dan leher. Beliau pada asalnya dirawat oleh doktor dari Jerman pada 2013, 2014, 2016.

“Kami membuat permohonan ini untuk membolehkan tertuduh menerima rawatan. Rawatan intervensi di Malaysia tidak mencukupi untuk (mengurangkan kesakitan) beliau,” katanya.

Permohonan itu difailkan pada 4 Oktober dan hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes yang mana Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng tidak membantah permohonan tersebut.

Justeru Collin menetapkan Isnin ini bagi membuat keputusan permohonan itu.

Ahmad Zahid dimasukkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada 22 Ogos lalu kerana kecederaan bahagian tulang belakang selepas terjatuh.

Mahkamah kemudian memanggil doktor yang merawat Ahmad Zahid untuk hadir di mahkamah bagi menjelaskan keadaan perubatan presiden Umno itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here