8,817 kes baharu Covid-19 hari ini

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

JANGKITAN harian Covid-19 di Malaysia kekal di bawah 10,000 kes apabila mencatatkan 8,817 kes baharu hari ini, menjadikan keseluruhan kes kini 2,294,457.

Semalam Malaysia melaporkan 8,075 kes iaitu paling rendah sejak lebih tiga bulan lalu.

Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, tiga negeri mencatatkan kes empat angka iaitu Sarawak (1,361), Selangor (1,348) serta Kelantan (1,063).

Johor melaporkan 886 kes, diikuti Sabah (805), Pahang (696), Pulau Pinang (595), Kedah (576), Perak (473), Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217) dan Negeri Sembilan (122).

Perlis mencatatkan 47 kes, manakala Putrajaya dengan 23 kes serta Labuan tiga kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here