Sudah pasti saya kecewa – KM Melaka

0
1

KETUA Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap situasi krisis politik di Melaka, hari ini.

Beliau berkata, dalam keadaan yang agak sukar sepanjang pandemik Covid-19 dan usaha kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi, ia tiba-tiba sahaja diruntuhkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak, termasuk empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik semula sokongan terhadapnya hari ini.

“Selama ini hubungan saya dengan mereka begitu baik. Apa yang dipinta dan dipohon akan saya laksanakan sebaik mungkin.

“Jadi kalau (mereka) kata kerajaan ini sebaliknya, saya pun tak tahu apa nak kata lagi,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, dakwaan wujud campur tangan luar dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri adalah tidak berasas sama sekali.

“Segala keputusan yang dibuat kerajaan negeri adalah persetujuan bersama, tiada bantahan dan masing-masing beri komitmen sepanjang mesyuarat Exco dilaksanakan,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here