Lebih 87% populasi dewasa lengkap vaksin

0
1
Warga-warga asing hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC ketika tinjuan Malaysiapost pagi tadi.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 87.6 peratus dengan 20,513,168 individu yang lengkap vaksinasi.

Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 94.3 peratus atau 22,081,548 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 20,621,994 individu atau 63.1 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala, sebanyak 73 peratus atau 23,833,382 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 108,826 atau 3.5 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Sebanyak 206,574 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam, melibatkan 96,024 dos pertama dan 110,550 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 44,352,079 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here