WARGA maya menyeru pelakon Zul Yahya untuk menghentikan sikapnya yang merendah-rendahkan usaha kerajaan mengekang wabak Covid-19 di media sosial.
Tinjauan di laman Instagram pelakon itu, kebanyakan hantarannya berbaur penolakan terhadap seruan kerajaan agar orang ramai perlu mendapatkan vaksin lengkap bagi melindungi diri dan keluarga daripada wabak bahaya itu.
Malah Zul Yahya yang popular menerusi drama Papaya suatu ketika dulu, menyentuh isu diskriminasi telah berlaku yang berpunca daripada pengambilan suntikan vaksin
“Cobit (Covid-19) made in China membuka jalan kepada vaksum (vaksin).
“Vaksum membuka jalan kepada diskriminasi. Tahniah!” tulisnya di Instagram.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warga maya tampil menyuarakan pendapat tidak bersetuju terhadap dakwaan pelakon itu yang dilihat melawan arus usaha masyarakat memerangi Covid-19.
“Tak habis-habis dengan diskriminasi. Awak memilih untuk menjadi minoriti,” kata seorang pengikut.
“Pergi sahajalah ambil vaksin itu, tidak susah mana pun. Larat ke mereput dekat rumah selamanya… warga emas lagi relaks pergi cucuk vaksin, elok sahaja hidup lagi sampai sekarang. Apa yang nak ditakut sangat entahlah,” komen salah seorang warganet.
“Kun Faya Kun, dicipta atau tidak. Bila kehendak Allah, maka terjadilah. Terus berdoa dan memohon pada yang Esa. Cool abang Papaya,” tulis netizen lagi. – Malaysiapost

