RMKe-12: Ekonomi gig nadi pertumbuhan ekonomi

0
1
Pekerja-pekerja Grabfood dan Foodpanda sedang bekerja dan berehat di hadapan sebuah kompleks membeli belah Kuala Lumpur ketika tinjauan Malaysiapost semalam.

KERAJAAN mengakui ekonomi gig menjadi nadi penting pertumbuhan ekonomi malah telah memberi banyak peluang kepada rakyat untuk menambah pendapatan.

Ekonomi gig termasuk menawarkan perkhidmatan menggunakan platform digital seperti e-hailing dan p-hailing.

Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan akan mewujudkan ekosistem yang menyokong perkembangan ekonomi gig bagi menggalakkan rakyat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.

Selain itu, usaha akan dipergiat untuk mengakreditasi platform tempatan berdasarkan piawaian industri ekonomi perkongsian antarabangsa, bagi meningkatkan daya saing pada peringkat global.

Ismail Sabri menjelaskan, satu rangka kawal selia sedang disediakan bagi memastikan penyedia platform, pekerja dan pengguna adalah dilindungi.

Kerajaan juga akan memastikan pampasan akibat pengangguran, perlindungan kesihatan dan simpanan untuk persaraan diperkukuh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here