RMK12: Keselamatan, kedaulatan negara jadi bidang utama – Hishammuddin

0
1

RANCANGAN Malaysia Ke-12 (RMK12) telah meletakkan keselamatan dan kedaulatan sebagai bidang keutamaan selari dengan teras utama Kementerian Pertahanan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata usaha itu termasuk memperketat kawalan sempadan darat, maritim dan udara serta menambah pos keselamatan termasuk di Sabah dan Sarawak serta membina Bare Base Tentera Udara di Bintulu.

“(Selain) menambah baik dasar operasi penguatkuasaan, kawalan sempadan dan pengurusan PATI. Ia termasuklah memperkukuh Operasi Benteng.

“Memperkukuh aspek perisikan, pengawasan, perolehan sasaran dan peninjauan serta menambah baik kuasa tembakan dan mobiliti. Kem baharu di Felda Sahabat dan Kem 5 Briged di Kota Belud juga akan siap dibina dalam tempoh RMKe12,” katanya dalam kenyataan.

Hishammuddin berkata, Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara akan diperkenal bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkaitan pertahanan dan keselamatan.

“Meneruskan usaha membela kebajikan anggota ATM. Antaranya, 10,200 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera sedang dibina dan boleh diduduki dalam tempoh RMKe-12.

“Menambahbaik program penjagaan kesihatan bagi anggota ATM. Ia termasuk membina Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka.

“Selain, mempergiat diplomasi pertahanan melalui kerjasama dua hala dan pelbagai hala,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meyakini bahawa Kementerian Pertahanan akan berusaha demi memastikan segala perancangan di bawah RMK12 dapat dilaksanakan sebaiknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here