Yusmadi Yusoff mahu kembali bertanding pada PRU15

0
1

AHLI Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Yusoff memaklumkan mahu kembali menawarkan diri bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Beliau yang kali terakhir bertanding pada PRU12 itu berkata, keputusan untuk kembali bertanding adalah ikhtiar terakhir untuk mencuba melakukan perubahan kepada rakyat melalui jalur politik yang mana beliau akui tidak mudah.

“Saya juga percaya masih ramai lagi pemimpin-pemimpin yang lebih hebat dan layak daripada saya untuk memimpin anda.

“Saya hanyalah ingin menjadi tawaran alternatif dan sanggup bersaing secara sihat dengan bakat-bakat hebat negara yang ditawarkan kepada anda,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau itu berkata, beliau bercadang memulakan gerak kerja awal mengambil kira masa yang terhad dan persediaan terutama sekali bagi ‘orang biasa’ sepertinya yang tidak mempunyai nama besar dan sokongan dana seperti calon-calon lain.

“Banyak perkara baru dan permasalahan baru yang perlu saya fahami dan pelajari. Segala bantuan, kepakaran, sumber kewangan dan material amat diperlukan,” katanya.

Katanya, perkara tersebut hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat semangat muafakat yangg kuat di kalangan rakyat dan pemimpin yang mempunyai cita-cita dan misi yang sama dengannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here