PRU15: ‘PN tidak terkesan sekiranya ada pertembungan banyak penjuru’

0
1

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan masih tidak jelas sama ada Umno akan bersama Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bagaimanapun, katanya, ia terpulang kepada pilihan Umno untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, Bersatu akan meneruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua bangsa dan agama, serta biar rakyat membuat penilaian.

“PN tidak akan terkesan sekiranya ada pertembungan banyak penjuru. Kita akan jalan terus bersama ‘founding partners’ kita dalam PN iaitu PAS, Gerakan, SAPP dan STAR.

“PN telah meletakkan standard yang tinggi kepada negara. Kita bertegas kepada isu ketelusan, integriti, menolak salahlaku dan menolak penyelewengan,” katanya dalam kenyataan.

Wan Saiful berkata, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan dalam menuju PRU15, PN tidak akan terganggu dengan sebarang kemungkinan pertembungan pelbagai penjuru.

Katanya, PN telah meletakkan standard yang tinggi kepada negara dengan bertegas dalam isu ketelusan, integriti, serta menolak salah laku dan penyelewengan.

“Saya menyeru semua komponen PN untuk membina jentera pilihanraya secara bersama. Semangat ukhuwah dan Keluarga Malaysia harus kita jiwai dan zahirkan dalam perjuangan membela rakyat. Jangan berpecah. Bina kekuatan parti dan gabungan kita demi rakyat.

“Kita mesti bergerak bersama dan aturkan aktiviti secara bersama di seluruh negara. Supaya rakyat nampak bahawa kita benar-benar ikhlas menjaga perpaduan dan kestabilan dalam negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here