Kes Covid-19 pusat rekreasi: ‘Sediakan maklumat jangkitan dari aktiviti’ – Zahid

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pihak berwajib menyediakan maklumat atau garis panduan kepada masyarakat berhubung bagaimana jangkitan Covid-19 boleh berlaku dalam sesuatu aktiviti.

Perkara tersebut disuarakan bekas timbalan Perdana Menteri itu, susulan penutupan kawasan rekreasi Ulu Bendul di Negeri Sembilan berikutan kes jangkitan Covid-19 dan kencing tikus.

“Kaedahnya dengan memahami bagaimana jangkitan Covid-19 boleh berlaku dalam sesuatu aktiviti

“Mungkin pihak berwajib boleh menyediakan maklumat atau garis panduan berhubung perkara itu,” tulisnya di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, masyarakat perlu peka dan ingat bahawa dalam apa jua aktiviti dilakukan, risiko jangkitan Covid-19 masih wujud.

“Berita seperti ini yang kurang enak didengari. Ini antara yang menjadi kebimbangan saya sebelum ini.

“Ini sebab saya nasihati rakan-rakan semua terus amalkan SOP walau telah boleh ke sana ke sini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau bukan sengaja mahu “kacau daun” dalam suasana rakyat sedang menikmati kegembiraan dari kelonggaran yang diberi kerajaan, sebaliknya mahu masyarakat lebih berhati-hati.

“Kena faham beberapa aspek penting iaitu kelonggaran diberi pada waktu kes masih tinggi. Dan individu telah lengkap dua dos suntikan vaksin masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.

“Maka dalam bergembira melakukan pelbagai aktiviti perlu ada pengurusan risiko kendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta semua pihak terus berwaspada terhadap risiko Covid-19 kerana kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga.

Kelmarin, media melaporkan, kolam mandi Ulu Bendul di bawah Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) ditutup sementara berkuatkuasa semalam sehingga esok bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan dilakukan.

Yang Dipertua MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, penutupan itu dilakukan susulan laporan berlakunya penularan wabak Covid-19, rotavirus dan leptospirosis atau kencing tikus di lokasi itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here