Polis siasat wanita dakwa rentas negeri ke Janda Baik

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632373941821","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

POLIS telah memulakan siasatan berkaitan hantaran tular pemilik akaun Instagram (IG) ‘Vieshantiekhan’ yang mendakwa rentas negeri untuk bercuti ke Janda Baik di Pahang dari Selangor. 

Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan dijalankan susulan laporan polis dibuat semalam berhubung status dimuat naik di IG milik wanita itu yang turut memaparkan gambarnya beriadah di Rimba Valley, Janda Baik, lapor Berita Harian. 

“Polis menafikan kenyataan wanita terbabit yang mengelirukan, iaitu tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik,” katanya hari ini. 

Menerusi hantaran di IG itu, wanita terbabit dikatakan mendakwa tidak perlu surat kebenaran polis ketika melalui pemeriksaan di Plaza Tol Gombak untuk ke Janda Baik kerana lokasi itu masih lagi dalam sempadan Selangor. 

Mengulas lanjut, Zaiham berkata, siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang memperuntukkan tindakan kompaun sehingga RM5,000. 

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian itu dan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha memutuskan penularan wabak COVID-19. 

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti berkaitan pelanggaran SOP dan penyalahgunaan permit rentas negeri agar menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau balai polis berdekatan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram/vieshantikhan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here