Caprice harap Ebit Lew mohon maaf, kembali bertaubat

0
1

ISU antara penyanyi rap Caprice dan pendakwah bebas, Ebit Lew masib belum berkesudahan dan tidak menampakkan tanda-tanda berakhir.

Terbaharu, Caprice dalam InstaStorynya menuntut Ebit tampil memohon maaf secara terbuka kepadanya dan orang lain.

Dalam nada kiasan, Caprice menerusi hantaran itu menjelaskan walau ‘baju’ apapun yang dipakai, setiap manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Malah, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli tetap mendoakan yang terbaik buat insan tersebut dan berharap agar beliau bertaubat.

“Selepas semua ancaman bunuh, caci maki, ugutan dan macam-macam lagi kita melalui… Caprice harap dia minta maaf secara terbuka kepada Caprice dan orang lain yang dianiaya.

“Tidak kisahlah kita pakai baju apa, manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan.

“Caprice doa yang dia dan kita semua sentiasa taubat… Allah sayang,” tulisnya dalam hantaran itu.

Hubungan Caprice dengan Ebit menjadi tegang selepas penyanyi itu mendedahkan tegurannya kepada Ebit susulan rungutan didakwa diterima daripada penduduk Gaza ketika mereka melaksanakan misi bantuan kemanusiaan baru-baru ini.

Caprice menegur cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Insiden itu berlarutan sehinggalah Ebit membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah membabitkan Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman terhadapnya.

Semalam, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung buat pertama kalinya menerusi platform media sosialnya tampil mendedahkan bukti seorang mangsa serangan seksual individu yang didakwa seorang pendakwah terkenal.

Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) menerusi siaran Telegramnya itu juga, mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik pendakwah popular berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here