Anggota polis bantuan di Parlimen positif Covid-19

0
2
Parlimen Malaysia

SEORANG anggota polis bantuan dikesan positif Covid-19 selepas menjalani ujian RTK berkala di Parlimen, semalam. 

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harub berkata, tiada kontak rapat dikesan membabit kes positif itu.

“Kita bernasib baik kerana beliau (polis bantuan) bertugas di sekitar (luar bangunan) Parlimen dan tiada kontak rapat.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kerjasama sepanjang persidangan ini,” katanya sebelum memulakan sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini. 

Pada 13 September lalu, Azhar Azizan memaklumkan semua ahli Parlimen dan pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian RTK berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi mengawal penularan Covid-19.

Menurutnya, saringan berkala itu akan dijalankan di Dewan Bankuet dan Dewan Serbaguna, dijangka mengambil masa kira-kira 20 minit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here