Ku Li letak jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno

0
2
Tengku Razaleigh Hamzah

AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, berkuatkuasa Isnin lalu.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Ku Li, meletak jawatan kerana kecewa dengan kepimpinan Umno yang merestui pelantikan Kabinet daripada anggota kerajaan yang gagal sebelum ini.

Menurutnya Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 telah meluluskan sebulat suara usul untuk memutuskan sebarang kerjasama dengan Bersatu.

“Tetapi usul itu telah mengambil masa untuk dilaksanakan, namun ‘bisa’ usul itu apabila dikuatkuasakan memberi kesan segera apabila pimpinan kerajaan yang tidak mempunyai sokongan terpaksa meletak jawatan tanpa pengundian di Dewan Rakyat.

“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang menggantikan kerajaan ‘gagal’ ini telah direstui oleh pimpinan Umno walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan,” katanya dalam surat perletakan jawatan yang dihantar kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bertarikh Isnin lalu.

Beliau mempersoalkan sama ada anggota kerajaan baharu yang dipilih itu akan dapat membantu Umno menebus kembali kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, sekaligus mengakhiri keadaan Parlimen yang ‘tergantung’.

“Dengan perantaraan surat ini, saya mohon berundur daripada jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, jawatan yang tidak berperlembagaan, berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.

“Saya juga mengambil kesempatan ini mengucap ribuan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memain peranan yang kecil dalam perjalanan parti kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here