‘Hidup hanya untuk reda Allah’ – Ebit Lew

0
1

“HIDUP hanya nak reda Allah,” kata pendakwah bebas popular, Ebit Lew.

Ebit berkata demikian menerusi satu hantaran terbaharu di Facebook miliknya petang tadi dengan disertakan gambarnya bersama isteri.

“Selalu sibuk. Beberapa hari ni dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah.

“Doakan ye. Hidup hanya nak reda Allah,” kata pemilik nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew itu.

Pendakwah itu kebelakangan ini terpalit kontroversi termasuk disiasat polis susulan dakwaan berhubung kes gangguan seksual.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here