Sajat dibawa pulang ikut saluran undang-undang – Bukit Aman

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses melengkapkan dokumen bagi mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dari Thailand ke negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri untuk membolehkan proses membawa pulang Nur Sajjad berjalan lancar.

“Ia bagi memberi kuasa kepada PDRM untuk membolehkan Nur Sajat dibawa pulang mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Berdasarkan maklumat kita terima, dia memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand bahawa beliau adalah pelarian selepas memiliki kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya dalam sidang media di Rawang hari ini, lapor Berita Harian.

Pada masa sama, Abd Jalil menasihatkan Nur Sajat supaya pulang secara baik supaya pendakwaan kes yang dihadapinya dapat diselesaikan.

Usahawan kosmetik itu sebelum ini dikategorikan sebagai orang dikehendaki selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Nur Sajat, 36, dilaporkan ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Dia ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak Imigresen jam 6 petang (waktu Thailand). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here