APM tangkap sang bedal seberat 700kg di Papar

0
1

SEEKOR buaya seberat 700 kilogram berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Papar dengan bantuan penduduk di Kampung Nagapas, malam tadi.

APM menerusi kenyataan memaklumkan, buaya dengan anggaran panjang 16 kaki itu ditemui penduduk, Nicole Glorie kira-kira jam 7.30 malam dan seterusnya menghubungi APM Sabah.

Buaya berkenaan dikatakan sebelum ini dilaporkan tular di media sosial apabila kelibatnya berjaya dirakam beberapa hari lalu.

Menurut APM, buaya tersebut seterusnya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan selanjutnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here