5 resolusi Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia

0
1

PERSIDANGAN Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia anjuran Pemuda Umno hari ini mengemukakan lima resolusi untuk diserahkan kepada kerajaan dan dipertimbangkan secara serius.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata resolusi itu antaranya mencadangkan status individu terbabit dalam industri e-hailing dan p-hailing diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan akta-akta berkaitan.

Selain itu, katanya, sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar mesti diwujudkan.

“Seterusnya, memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial (KWSP & PERKESO) buat penghantar-penghantar di Malaysia.

“Resolusi itu juga mencadangkan kerajaan memberi dan menyediakan bantuan khas kepada penghantar-penghantar di dalam Bajet 2022 nanti

“Kami juga mendesak penyedia perkhidmatan untuk menjamin pekerjaan penghantar-penghantar dengan menangguhkan penggantungan dan penamatan khidmat penghantar-penghantar dalam tempoh pendamik ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Persidangan itu turut disertai Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar dan wakil-wakil Kesatuan P-Hailing dan E-Halling bagi membincangkan permasalahan serta isu-isu berbangkit melibatkan pengiat ekonomi gig dalam negara.

Asyraf Wajdi berkata, pelbagai luahan dan isu-isu telah diperhalusi serta dibincangkan dalam sesi libat urus itu yang Pemuda Umno telah mendengar sendiri keluhan wakil-wakil rider yang hadir memberikan pandangan.

“Perubahan lanskap dalam struktur ekonomi membolehkan penggiat gig ekonomi ini menjadi lebih penting.

“Sehubungan itu, pastinya hak-hak mereka juga perlu dipertahankan. Pemuda Umno melalui agenda Pemuda Jurubicara Rakyat akan memastikan suara-suara dihebahluas dan didengari di peringkat kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here