BN serik disakiti katak dayus, tidak bermaruah – Zahid

0
1

BARISAN Nasional (BN) serik dikhianati dan tidak mahu peristiwa ‘katak’ melompat berlaku lagi selepas berakhirnya Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ahli Parlimen BN yang melompat parti sebagai tidak bermaruah dan dayus.

Katanya, BN telah dikhianati kerana tindakan berpaling tadah wakil rakyatnya yang jelas mencabul amanah diberikan kepada mereka.

Presiden Umno itu juga mendakwa mereka yang melompat parti itu sebenarnya mengejar kuasa, wang ringgit dan takut dengan pertuduhan yang boleh mengheret mereka menjadi ‘kluster mahkamah’.

“Memang BN rasa dikhianati apabila ramai Ahli Parlimennya melompat kerana kuasa dan wang ringgit selepas kita tewas.

“Tetapi kehadiran serta sokongan padu (parti) Makkal Sakti bersama BN mampu melonjakkan semula kita,” katanya dalam ucapan secara maya merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid menegaskan, meskipun terdapat usul untuk menggubal akta lompat parti seperti dikemukakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, namun semua pihak tidak boleh alpa kerana ia belum lagi dapat direalisasikan.

Justeru, beliau mengingatkan semua parti komponen BN bersiap sedia dari sekarang dengan menunjukkan kesetiaan terhadap parti selain memilih calon sesuai untuk bertanding pada PRU15 akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here