GIMNASIUM di negeri-negeri Fasa Dua dan Tiga, Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan beroperasi semula.
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi hantaran di media sosial miliknya malam tadi.
Sehubungan itu, beliau berkongsi prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti sukan dan rekreasi serta meminta orang ramai patuh terhadap arahan dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara (MKN).
“Gimnasium kini kembali beroperasi. Sila patuh kepada SOP dan terutamanya panduan pengudaraan premis. Nikmati hidup sihat,” katanya.
Sebelum ini berlaku salah faham mengenai pembukaan semula gimnasium menyebabkan Ahmad Faizal memohon kepada operator dan pengusaha kemudahan sukan terbabit.
Kelmarin Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker dilaporkan berkata semua kemudahan sukan di negeri Fasa Dua dan ke atas PPN akan dibuka mulai semalam, kecuali gimnasium hanya boleh beroperasi selepas prosedur operasi standard (SOP) tambahan diwartakan.
Beliau berkata SOP tambahan khusus untuk gimnasium dan sukan tertutup, akan diumumkan secepat mungkin.
Pada 8 September lalu, kerajaan membenarkan aktiviti sukan dalam dan luar dewan kepada individu yang lengkap dua dos vaksin, kecuali gimnasium. – Malaysiapost

