Hospital Medan HPP dijangka beroperasi minggu ini

0
1

HOSPITAL Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Pulau Pinang (HPP), Georgetown akan beroperasi minggu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerja-kerja pembinaan di tapak parkir HPP itu sudah dimulakan pada 13 September lalu.

“Ia akan dilengkapi katil unit rawatan rapi (ICU), katil wad biasa serta sumber oksigen bagi membantu KKM merawat pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 – Insya-Allah, akan mula operasi hujung minggu ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin mengumumkan sebuah hospital medan akan dibuka di HPP bagi menampung peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di negeri itu.

Khairy dilapor berkata hospital medan itu akan menempatkan lebih 100 katil pesakit dan dilengkapi kemudahan oksigen, wad pesakit serta lain-lain kemudahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here