Hampir 80% populasi dewasa lengkap vaksin Covid-19

0
1

SEBANYAK 39,685,414 dos vaksin Covid-19 membabitkan dos tunggal dan dua dos telah diberikan di seluruh negara setakat semalam.

Angka itu menjadikan peratusan populasi dewasa keseluruhan penduduk Malaysia yang sudah divaksinasi adalah 76.8 peratus.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di laman web COVIDNOW memaklumkan, jumlah individu yang menerima satu dos vaksinasi adalah 21,783,871 manakala dos kedua adalah 17,973,545 orang.

Peratusan populasi keseluruhan yang menerima satu dos vaksin Covid-19 setakat ini adalah 66.7 peratus dan bagi yang lengkap dua dos vaksin pula adalah 55 peratus.

Populasi dewasa pula yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 92.7 peratus.

Lembah Klang mencatatkan peratusan melebihi 100 peratus bagi populasi yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 105 peratus.

Ia diikuti Labuan (97.7), Negeri Sembilan (91.1) dan Sarawak (89) peratus populasi dewasa yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 202,298 pemberian dos dengan 62,108 daripadanya adalah dos pertama manakala 140,190 telah melengkapkan penerimaan dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here