Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh

0
1
Parlimen Malaysia

[Parlimen] PEMILIHAN Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga sesi persidangan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah itu dibuat kerana ingin meminda perkara 57 (1) untuk menambah jumlah daripada dua Timbalan Speaker kepada tiga Timbalan Speaker .

“Peraturan Mesyuarat 90(2) dengan persetujuan yang Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk mengrentikan peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menanguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti perkara nombor satu yang sudah tertera dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini ke mesyuarat kedua penggal keempat Parlimen ke-14,” katanya.

Usul itu disokong Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran Facebooknya berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju melaksanakan satu daripada 20 transformasi Parlimen yang dicadangkannya mengenai perkara itu.

“Terima kasih Kerajaan kerana setuju cadangan ke-3 daripada 20 yang saya utarakan tentang Transformasi Parlimen

“Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk wujudkan 1 lagi Timbalan Speaker jadikan tiga orang dan satu daripadanya wakili Pembangkang

“Maka pemilihan Timbalan Speaker ditangguh ke sesi Bajet bermula 25 Oktober ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here