‘Jika Langkawi gagal, tiada lagi gelembung destinasi lain’ – Hishammuddin

0
2
KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media selepas Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

PROJEK rintis gelembung perjalanan di Pulau Langkawi, Kedah akan dijadikan sandaran untuk membuka lebih banyak destinasi pelancongan selepas ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan mewujudkan gelembung pelancongan sedemikian dibuat berteraskan faktor kebajikan rakyat, termasuk kesihatan mental.

Katanya, meskipun akur ia berupaya mengundang gelombang baharu penularan jangkitan namun rakyat memerlukan kelonggaran berkenaan selepas hampir dua tahun mengharungi pandemik Covid-19.

“Kalau nak dikirakan, gelembung pelancongan ke Pulau Langkawi ini tidak mengira fasa negeri, sebaliknya bersandarkan keperluan lengkap vaksinasi dan bukan dari kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Justeru, keputusan ini dibuat atas dasar kebajikan rakyat, tiada kena mengena dengan ekonomi, selepas sekian lama terkurung di rumah.

“Ia bukan mudah untuk kita benarkan pergerakan rentas negeri seperti ini, tetapi kerajaan perlu juga melihat kesan kesihatan mental yang perlu diseimbangkan.

“Bagaimanapun, jika Pulau Langkawi gagal (sebagai gelembung pelancongan), maka tiada lagi gelembung untuk ke destinasi lain yang akan diluluskan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik memutuskan membuka semula sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan dan untuk permulaan, Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September ini.

Ismail Sabri berkata, destinasi pelancongan lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti itu mencapai 80 peratus.

Bagaimanapun, katanya, projek rintis program gelembung pelancongan adalah berdasarkan syarat-syarat yang akan ditetapkan kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here