‘Kita berusaha sebaik mungkin demi masa depan rakyat, negara’ – Anwar

0
2

MEMORANDUM Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) dilaksanakan demi masa depan rakyat dan negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pihaknya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk tujuan berkenaan.

“Bersama Ahli-ahli Parlimen dan pimpinan Pakatan Harapan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan di Parlimen. 

“Kita akan berusaha sebaik mungkin demi masa depan rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Dalam hantaran terdahulu, Anwar berkata, beliau berharap institusi Parlimen terus utuh dan dijunjung sebagai antara elemen penting demokrasi berparlimen dan negara hukum. 

“Hari ini hadir ke Parlimen bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang dirasmikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Terdahulu,  Kerajaan Persekutuan dan PH hari ini telah melakar satu sejarah negara dengan memeterai MoU berkenaan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MoU tersebut merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, serta Pembaharuan Parlimen.

Selain itu, tiga lagi adalah Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here