Ancaman pengganas: KPN jamin keselamatan Malaysia terkawal

0
1
Bendera jalur gemilang berkibar di sekitar Kuala Lumpur ketika tinjaun Malaysiapost hari ini.

KESELAMATAN dan ketenteraman negara dalam keadaan terkawal walaupun ada amaran kemungkinan berlaku serangan pengganas di beberapa negara di Asia Tenggara dikeluarkan pihak berkuasa Jepun.

Ketua Polis Negara Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya mengambil maklum laporan berita bahawa Kedutaan Jepun di negara ini mengeluarkan amaran itu yang turut dikaitkan dengan Malaysia.

Jelasnya setakat ini pihaknya tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

“Berdasarkan situasi semasa polis mengambil maklum, memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal.

“Orang ramai diminta tidak gusar dan membuat sebarang spekulasi kerana polis akan memastikan negara pada tahap selamat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kementerian Luar Jepun dilaporkan menasihati rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar supaya mengelak daripada berkunjung ke premis keagamaan serta kawasan sesak lain.

Ini kerana kemungkinan berlakunya serangan oleh pengganas-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here