2 lokaliti di Pahang, Sabah dikenakan PKPD

0
1

DUA lokaliti di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Selasa ini hingga 27 September depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selepas mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.

Lokaliti yang dikenakan PKPD di Pahang melibatkan Rancangan Rumah Murah (RRM) Kampung Kolek di Sungai Lembing, Kuantan.

Di Sabah pula membabitkan Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn Bhd Segama di Lahad Datu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here