Tragedi kepala air: KASA peruntuk RM50 juta kerja pemulihan

0
1
tuan ibrahim tuan man

KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan RM50 juta untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan fasa 1 susulan tragedi kepala air dari Gunung Jerai, bulan lalu.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kerja pemulihan itu terdiri membabitkan dua skop utama iaitu sistem saliran dan bekalan air.

“Semua maklum, kepala air dari Gunung Jerai telah meragut nyawa dan memusnahkan rumah serta infrastruktur asas yang lain. Apa tindakan KASA selepas insiden kepala air di daerah Yan dan Kuala Muda?

“Secara keseluruhannya, KASA memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan fasa 1 yang terdiri daripada 2 skop utama iaitu sistem saliran dan bekalan air

“Semoga kerja pemulihan fasa 1 dapat dijalankan dengan lancar untuk keselesaan hidup rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Dalam hantaran itu juga, beliau menyertakan infografik untuk memperincikan butiran kerja dan kos yang diperuntukkan untuk kerja pemulihan berkenaan.

Ia merangkumi, RM5 juta untuk menaiktaraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer (KM); membina dua jambatan baru (RM23 juta); pembinaan empangan SABO (RM20 juta) dan kerja pembaikan dan naik taraf loji rawatan air Gurun dan Tupah.

Dalam kejadian 18 Ogos lalu, fenomena kepala air berlaku di kawasan kaki Gunung Jerai membabitkan Titi Hayun dan Batu Hampar menyebabkan enam mangsa meninggal dunia akibat dibawa arus deras.

Kejadian berkenaan menyebabkan beberapa kampung di kawasan berhampiran ditenggelami banjir lumpur, termasuk di kawasan Merbok di Kuala Muda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here