Syed Saddiq sedia bawa isu rakyat ke Parlimen minggu depan

0
1

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membangkitkan beberapa isu terutama membabitkan keperluan rakyat dalam Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula minggu depan.

Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, beliau sudah mengumpulkan beberapa isu dan hal nasional serta membuat persiapan rapi bagi sidang berkenaan.

Menurutnya, isu pekerjaan rakyat, keluarga M40 yang jatuh ke B40, kebajikan mahasiswa, akses internet dan kemudahan asas di Sabah dan Sarawak adalah isu yang sangat penting.

“Minggu depan mesyuarat Dewan Rakyat akan bermula semula. Banyak orang sudah bertanya dan berkongsi pendapat dengan saya.

“Isu dan hal nasional pun saya sudah banyak kumpul dan persiapan rapi dah dibuat; bagi memastikan saya tidak terlepas mana-mana isu yang penting,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut meminta pandangan ramai mengenai isu apa yang penting bagi rakyat untuk dibawa ke mesyuarat berkenaan.

“Apa isu penting yang anda mahu saya bawa ke Dewan Rakyat?” katanya.

Sebelum ini mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-14 dipinda ke tarikh 13 September hingga 12 Oktober dari tarikh asalnya pada 6 September hingga 30 September ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat bertarikh semalam yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin kepada semua Ahli Dewan Rakyat.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here