Belum vaksin: Rita Rudaini akui nama digugurkan daripada penggambaran

0
1

“YA, memang nama saya digugurkan untuk 100 episod,” kata pelakon Rita Rudaini.

Rita mengakui namanya digugurkan oleh satu produksi selepas menimbulkan tanda tanya ramai pihak mengenai kesahihan pernah ditolak daripada penggambaran 100 episod.

Menerusi hantaran di InstaStory, pelakon itu berkata produksi berkenaan sering kali mempromosi pengambilan vaksinasi di media sosial.

“Ya, memang nama saya digugurkan untuk 100 episod oleh satu produksi yang kuat mempromosi vaksin 24 jam tujuh hari seminggu di media sosial kerana saya belum divaksin.

“Tetapi tidak mengapa, apabila saya mudahkan kerja mereka, moga Allah memudahkan kerja saya juga,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, Rita mempersoalkan segelintir pihak yang masih lantang bersuara mengenai artis atau penggiat seni yang belum mengambil vaksinasi.

“Kenapa nak marah kami rakan industri lain tidak vaksin? Kamu semua dah vaksin dan menjalani pengambaran kan? Yang tidak vaksin duduk rumah tak melakukan pengambaran, tiada di set pun.

“Jadi, kenapa kamu semua nak gelabah mengamuk? Nak takut apa? Kata ancam nyawa oranglah bagai. Eh? Kita orang semua tiada di set, kenapa takut sangat dengan kami ini?

“Semua di set itu kan sudah vaksin, jadi? Aduhai, rilekslah kita orang tidak kemana pun, duduk di rumah sahaja. Jangan risau,” ujarnya lagi.

Rita juga memberitahu tidak mahu mengambil pusing dengan segala spekulasi mengenai dirinya menghadiri set pengambaran, malah sentiasa mendoakan semua penggiat seni agar dipermudahkan segala urusan.

“Chill kawan-kawan, kami rakan seperjuangan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kita semua. Baik yang di set atau yang berada di rumah. Doa yang baik sesama insan,” katanya.

Terdahulu, pelakon tersebut dalam hantaran di InstaStory mendakwa difitnah rakan industri yang menyatakan dirinya sedang menjalani pengambaran walapun belum divaksin.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dibenarkan kembali aktif, bermula semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here