Jangan sebab kamu, kita orang tak boleh shooting- Jinggo

0
1

“JANGAN kerana kamu semua, kita orang pula tidak boleh melakukan pengambaran,” demikian amaran terbuka oleh penerbit dan pengarah terkenal, Jinggo kepada penggiat seni dan kreatif yang masih tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Jinggo yang juga suami kepada pelakon Sheila Rusly, turut meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil tindakan sewajarnya kepada penggiat industri yang berdegil tidak mahu mengikut SOP.

Katanya, jangan disebabkan tindakan segelintir mereka yang tidak mengikut SOP maka boleh menjejaskan operasi syarikat produksi lain yang baru sahaja dapat bernafas semula untuk meneruskan sesi pengambaran serta aktiviti seni.

Jinggo yang menyuarakan pendapatnya menerusi hantaran Instagram turut berkata, tindakan mereka yang degil tidak mahu mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan hanya akan mencalarkan nama baik industri seni kreatif negara ini.

“Jangan kerana kamu semua, kita orang pula tidak boleh melakukan pengambaran! Finas tolong tangkap produksi yang tidak mengikut SOP.

“Sebelum kemudahan industri kita ditarik semula. Boleh pula kamu semua menganjing ya, tidak perlu ambil vaksin pun ada sahaja produksi yang panggil.

“Kalau lepas tidak mengapa, kalau tak lepas? Bukan kamu sahaja yang sangkut, kita orang pun sangkak. JS Pictures dah nak kembali menjalani pengambaran tahu tak!” tulisnya bernada tegas.

Semakan di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Jinggo dan berharap penggiat seni kreatif menggunakan kelonggaran yang telah diberikan kerajaan dengan sebaiknya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dibenarkan kembali aktif, bermula hari ini.

Beliau berkata, kerajaan melalui PPN bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 bagi industri kreatif, yang diharapkan dapat memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja.  – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here