Undi percaya PM hanya buang masa – DPIM

0
1

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa kesemua Ahli Dewan Rakyat supaya tidak membuang masa lagi dengan tuntutan undi percaya kepada Perdana Menteri, kerana ia tidak memberi manfaat untuk rakyat.

Ketuanya, Shahir Adnan berpendapat tuntutan itu bukan menjadi keutamaan sebaliknya semua pihak perlu bekerjasama serta menumpukan bagaimana menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat dari blok kerajaan atau pembangkang, perlu menggunakan sidang Dewan Rakyat sebaiknya demi menyuarakan dua perkara pokok, iaitu membawa negara keluar dari pandemik Covid-19 dan membina kembali ekonomi.

“Justeru bantuan daripada kerajaan adalah penting untuk jangka pendek, namun pelan jangka masa panjang, terutama buat anak muda perlu difikirkan.

“Berapa ramai graduan universiti masih mencari kerja pada saat ini? Berapa ramai pula anak muda kehilangan pekerjaan sejak tahun 2020 hingga hari ini?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here