Lamborghini hilang kawalan rempuh kenderaan hingga terbalik

0
1

BEBERAPA kenderaan terlibat dalam kemalangan selepas dirempuh sebuah kereta mewah Lamborghini di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang di ibu negara, pagi tadi.

Kejadian jam 8.40 pagi itu, berlaku apabila Lamborghini dipandu lelaki berumur 42 tahun dikatakan gagal mengawal kenderaan mewah tersebut untuk berhenti sebaik tiba di lokasi kejadian.

Difahamkan, deretan kenderaan berhenti di laluan terbabit akibat kesesakan sebelum dirempuh Lamborghini berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata

“Semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu Lamborghini gagal mengawal kenderaan dan melanggar Proton Perdana dipandu wanita berumur 53 tahun sehingga terbalik dan melanggar beberapa kenderaan lain di hadapannya,” katanya menerusi kenyataan.

Sarifudin berkata kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Mazda, Nissan Serena dan pacuan empat roda Ford Ranger 2.0.

Katanya, siasatan lanjut diteruskan jika terdapat kenderaan lain yang terlibat dan kesemua pemandu hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Pemandu Lamborghini telah dibuat ujian alkohol dan saringan air kencing dan keputusannya adalah negatif. Kes diklasifikasikan di bawah Sek 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here