Ketibaan Caprice ‘dijemput’ van polis

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1631063187223","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

SELEPAS lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan bagi melaksanakan misi kemanusiaan, penyanyi rap Caprice akhirnya selamat pulang ke tanah air, malam tadi dan kini menjalani kuarantin wajib di hotel.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, memuat naik video ketibaannya itu di laman Instagram yang setakat ini mendapat 465,000 tontonan dan lebih 1,600 komen.

Melalui video berkenaan, penyanyi terbabit dilihat tiba dengan menaiki kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya sehingga selamat pulang ke Malaysia.

“Back in KL! terima kasih kepada @pdrmsia_official for making sure everything was safe dari gate kapal terbang all the way sampai hotel quarantine.

“First time naik van polis…TQ kepada pihak-pihak yang bantu Caprice tadi. Alhamdulillah, it feels good to be back home,” katanya.

Caprice sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mendakwa sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan itu tiba di Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaza sebelum meneruskan penggembaraan solo ke Jordan kerana isu yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Biarpun tidak dapat memasuki Palestin, Caprice tetap enggan pulang ke Malaysia malah meneruskan pelbagai aktiviti meluaskan jaringan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Mesir dan Jordan sepanjang bergerak solo.

Caprice juga dikaitkan dengan pendakwah Ebit Lew apabila mendakwa penceramah terbabit antara punca dia tidak dapat masuk ke Gaza, serta diminta memberi keterangan kepada polis berhubung isu fitnah melibatkan penceramah terkenal itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here