KBS cadang sukan outdoor, gim dibuka semula

0
1

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar sukan di kawasan terbuka dan gimnasium dibuka semula bagi kemudahan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata jika kerajaan membenarkan industri kreatif dibuka semula termasuk panggung wayang, maka sektor sukan juga perlu dibuka.

Beliau berkata, mungkin aktiviti sukan berkenaan boleh dibuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan berharap cadangan pihaknya disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KBS telah cadangkan agar sukan padang (outdoor sports) dan gimnasium dibuka. Kuasa ada pada MKN. Harap KKM sokong,” katanya di Twitter, hari ini.

Terdahulu dalam ciapannya, beliau mempersoalkan mengenai isu berkenaan terutama kebenaran panggung wayang beroperasi semula kepada KKM dan menterinya, Khairy Jamaluddin.

“Panggung wayang dibuka? Gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP ketat. Ramai yg hampir terhenti nafas. Tolonglah @KKMPutrajaya

“Cinema opened? Gym and outdoor sports? Pls YB @Khairykj, there need be wisdom in our decisions,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan industri kreatif di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dibenarkan kembali aktif, bermula 9 September ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19.

Penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin dibenarkan bergiat bagi aktiviti-aktiviti antaranya adalah penggambaran di dalam dan di luar studio, aktiviti panggung wayang, persembahan secara langsung dan beberapa aktiviti lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here