Lebih 36 juta dos vaksin Covid-19 telah diberi pada penduduk Malaysia

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SETAKAT semalam sebanyak 87.8 peratus penduduk dewasa yang sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos dan 68 peratus lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter @JKJAVMY, berkata jumlah pemberian vaksin sehingga semalam ialah 36,431,562 dos.

Sementara itu, berdasarkan data dan infografik yang dikongsi JKJAV, sebanyak 289,958 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 136,177 dos pertama dan 153,841 dos kedua.

Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 9,555 dos pertama dan 45,119 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here