Caprice pulang ke Malaysia hari ini

0
1

PENYANYI rap, Caprice akhirnya berangkat pulang ke tanah air hari ini setelah lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi kemanusiaan.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan menerusi beberapa hantarannya di laman Instagram semalam.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, memuat naik video memborong cenderahati dah tempahan barangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak memberitahu lebih lanjut butiran penerbangan mahu pun ketibaannya di Malaysia hari ini.

Dalam masa sama, berita kepulangan penyanyi itu dikongsi menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram.

“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).

“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” tulisnya.

Semakan di InstaStory miliknya, Caprice dilihat memuat naik status terakhir, ‘Good bye and good night, see you in Disember’, berlatarkan pemandangan malam dihiasi lampu-lampu.

Sebelum ini, dia pernah mendedahkan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Terdahulu, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu tiba di Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaza sebelum meneruskan penggembaraan solo ke Jordan kerana isu yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Biarpun tidak dapat memasuki Palestin, Caprice tetap enggan pulang ke Malaysia malah meneruskan pelbagai aktiviti meluaskan jaringan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaaan di Mesir dan Jordan sepanjang bergerak solo.

Nama Caprice juga meraih perhatian apabila dikaitkan dengan pendakwah Ebit Lew apabila diminta memberi keterangan kepada polis berhubung isu fitnah dan kes gangguan seksual melibatkan penceramah terkenal itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here