ATLET Greece, Thanasis Pradramou mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia susulan Instagramnya dibanjiri komen pujian daripada warga Malaysia hari ini.
Tindakan Thanasis dipuji ramai selepas menjadi individu pertama menghulurkan bantuan kepada atlet negara, Abdul Latif Romly yang cedera dalam acara lompat jauh di sukan Paralimpik Tokyo, semalam.
Menerusi hantaran di Insta Storynya, Thanasis melahirkan ucapan penghargaan atas komen-komen positif diterimanya dalam bahasa Greek dan Bahasa Melayu.
RESPECT !!! Atlet Lompat jauh Athanasios Prodromou dari Greece dilihat membantu Latif Romly yang dalam kesakitan #RESPECT #sportsmanship
Originally tweeted by ASTRO ARENA (@ASTROARENA) on 2021-09-04.
“Terima kasih banyak atas cinta anda yang unik,” katanya.
Meninjau di ruangan komen di hantaran terkini laman Instagram Thanasis, mendapati lebih 10,000 komen ditinggalkan dan kebanyakannya ucapan terima kasih dan tahniah daripada rakyat Malaysia.
“Thanks and deserve special love from Malaysia,” tulis Iqbal Azhan.
“Tahniah dan terima kasih Thanasis, dari Malaysia. Mohon datang ke Malaysia dan kami akan layan anda dengan baik,” kata Nur.
“Terima kasih dari Malaysia, pingat emas untuk sikap awak,” kata Citra. – Malaysiapost

