107 kes BID, paling tinggi direkodkan

0
1

MALAYSIA merekodkan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) paling tinggi hari ini, dengan 107 kes daripada 336 kes kematian Covid-19.

Berdasarkan data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook rasminya, kes BID melibatkan 67 warga Malaysia dan 40 warga asing adalah kali keempat kes BID merekodkan tiga angka di Malaysia.

Sebanyak 336 kes kematian harian dilaporkan terdiri daripada 274 warga Malaysia dan 62 warga asing, menjadikan jumlah terkini sebanyak 18,219 kematian.

Beliau berkata, 1,338 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 735 kes ditidurkan yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 13,519 kes (66.3 peratus) daripada kes harian tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi manakala, 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Daripada 322 kes kategori tiga hingga kategori lima, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap divaksinasi.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here