Lantikan Muhyiddin hanya tambah birokrasi tangani Covid-19

0
1

PELANTIKAN bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dilihat sebagai menambah satu lagi lapisan birokrasi yang tidak wajar dalam pengurusan pandemik Covid-19.

Kecewa dengan pelantikan itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mempersoalkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggap seperti tidak yakin dengan barisan Kabinetnya.

Jelasnya, Muhyiddin terbukti gagal mengendalikan Covid-19 baik dari segi pengurusan kesihatan, ekonomi dan pendidikan.

Muhyiddin yang bertanggungjawab atas penderitaan rakyat ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mendakwa, Presiden Bersatu itu juga bertanggungjawab melaksanakan darurat yang kononnya dengan tujuan memerangi Covid, tetapi wabak Covid menjadi lebih serius di akhir darurat. 

“Pengakhiran darurat pula dibuat tanpa perbahasan di Parlimen sehingga pihak Istana Negara sendiri menegur tindakan Kerajaan mengelirukan Parlimen dan ini membawa kepada kejatuhan beliau,” katanya.

Menurutnya, pelantikan sebagai Pengrusi MPN akan menambah satu lagi lapisan birokrasi yang tidak wajar, kerana beliau masih perlu membentangkan saranan MPN kepada Jemaah Menteri dahulu. 

“Adakah Ismail Sabri tidak yakin dengan Menteri-Menterinya?

“Sejauh mana Muhyiddin bersedia memberi saranan kepada Ismail Sabri untuk membatalkan atau menambahbaik mana-mana dasar pengurusan pandemik yang digubal semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak berkesan dalam menangani pandemik? 

“Adakah bukan akan ada kecenderungan mantan Perdana Menteri itu cuba mempertahankan legasinya dan bukan menilainya secara objektif?” soalnya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pelantikan itu hanya bagi tujuan survival politik semata-mata. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here