Vaksinasi langkah ke fasa imuniti kelompok – PM

0
1
ismail sabri

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekali lagi menyeru rakyat Malaysia yang layak agar mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Beliau berharap negara segera mencapai ke fasa komuniti kelompok bagi membolehkan rakyat menjalani hidup seperti sedia kala.

“Seronok melihat mereka yang sudah menerima dua dos vaksin menjamu selera di restoran dan beriadah di luar. Bagi yang masih belum lengkap, Insya-Allah giliran anda akan menyusul tidak lama lagi.

“Manakala kepada seluruh Keluarga Malaysia yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, saya menyeru agar berbuat demikian dengan segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, semua pihak rindu untuk menjalani kehidupan seperti sebelum ini, maka perlu bersama-sama berusaha mencapai imuniti kelompok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here