‘Kebenaran rentas negeri tidak lama lagi’ – KJ

0
1
lebuhraya jam kereta jalanraya highway pkp

KERAJAAN mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Khairy berkata, beliau meminta rakyat bersabar dan memberi sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan sewajarnya.

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit,” katanya.

Khairy berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“Ini kerana kita semua maklum bahawa pembukaan sempadan negeri untuk pergerakan, bakal mengundang risiko, justeru berikan kita tempoh sikit lagi.

“Ada beberapa negeri yang nilai ambang vaksinasi masih rendah, justeru menjelang September semua negeri akan capai liputan dos vaksin lengkap dalam kalangan individu dewasa sebanyak 60 peratus,” katanya. – Malaysipost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here