21 PATI warga Indonesia cuba seludup masuk dicekup

0
1

SERAMAI 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dicekup ketika cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui laluan tidak sah di kawasan Bio-Desaru, Bandar Penawar, Johor, hari ini.

Kesemua warga asing berkenaan ditahan dalam Op Benteng yang dijalankan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia kira-kira jam 4.30 pagi.

Markas Divisyen Ketiga dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan mengenai kejayaan itu.

“Pada jam 4.30 pagi, Anggota Petugas Pos Pemerhati telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di kawasan Bio-Desaru, Bandar Penawar, Johor.

“Hasil maklumat tersebut, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) ke kawasan berkenaan. Hasil penjejakan yang dilakukan telah berjaya menahan 21 PATI sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau – Sedili Kecil (Bio-Desaru)

“PATI tersebut terdiri daripada 15 lelaki dan enam wanita warga Indonesia berusia 19 hingga 44 tahun dipercayai baru saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM11,520 bersama 21 telefon bimbit.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

“Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here