Tahap oksigen Aishah kini beransur pulih

0
1

PENYANYI bersuara lunak, Aishah yang dijangkiti Covid-19 memaklumkan tahap kesihatannya kini sudah beransur pulih namun masih memerlukan bantuan pernafasan.

Perkara tersebut dikongsi oleh kelab peminat penyanyi tersebut, @aishahfcff_official di laman Instagram, hari ini.

“Perkembangan terbaharu kak Aishah, Alhamdulillah beransur pulih. Mohon terus doakan supaya sembuh sepenuhnya.

“Paras oksigen sekitar 97-98 peratus. Masih perlukan bantuan oksigen nasal prong (tiub pernafasan),” tulisnya.

Semalam, penyanyi ‘Janji Manismu’ itu menerusi sebuah video memberitahu tahap oksigen dalam badan turun mendadak selepas tiub pernafasan dibuka seketika.

Aishah, 56, juga mengakui berasa bimbang jika ditidurkan (intubate) kerana masih mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu digalas dan memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.

Sebelum ini, penyanyi it dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta.

Isnin lalu, Aishah dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here