MALAYSIA dan Brunei akan memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan kepentingan diplomasi ketenteraan terutama di era pandemik Covid-19.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, perkara itu menjadi perbincangan antara beliau dan rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Brunei Darussalam, TYT Pehin Halbi pagi ini.
Hishammuddin berkata, dalam perbincangan berkenaan Malaysia dan Brunei sedia meningkatkan usahasama berkaitan vaksinasi, perubatan dan rawatan.
“Diplomasi ketenteraan amat penting dan ia berkait rapat dengan hubungan Malaysia bersama rakan-rakan sekutu. Ini membawa kepada perbincangan antara saya dan rakan sejawat, Menteri Pertahanan Brunei Darussalam, TYT Pehin Halbi pagi ini.
“Perbincangan kami tertumpu terhadap usaha memperkukuh kerjasama pertahanan π²πΎπ§π³ dan kepentingan diplomasi ketenteraan terutama di era Covid-19 di mana Malaysia dan Brunei sedia meningkatkan usahasama berkaitan vaksinasi, perubatan dan rawatan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.
Selain itu, Hishammuddin berkata, kedua-dua pihak juga membincangkan isu menyentuh mengenai keterlibatan bersama ATM dan RBAF dalam misi MALBATT 850-8 di bawah UNIFIL.
“(Kami) saling menzahirkan penghargaan atas kejayaan Exercise HORNBILL dalam mengukuhkan kesefahaman dan paling penting mengeratkan kerjasama antara tentera laut kedua-dua negara,” katanya. – Malaysiapost

