TMJ khuatir semuanya musnah jika tinggalkan JDT

0
2

SELEPAS lapan tahun menguruskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), pemiliknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah sedikit letih dan sedang mempertimbang untuk meninggalkan kelab bola sepak berkenaan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, bagaimanapun khuatir jika meninggalkan kelab, apa yang diusahakan selama ini akan musnah.

“Saya dah lapan tahun mengurus JDT FC. Secara jujur saya letih sikit. Tetapi kalau saya angkat kaki segala-galanya akan musnah.

“Players akan pergi, sponsors cabut dan kakitangan pun akan pergi. Jadi saya 50/50,” katanya dalam sesi soal jawab di laman Instagramnya.

Beliau ditanya sama ada benar ingin meninggalkan JDT seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. 

Menurutnya, secara jujur sudah letih dan ingin mencari sesuatu yang lain pula serta banyak tanggungjawab lain yang harus dilaksanakan.

“Saya mengurus bola sepak oleh kerana minat, tetapi saya tidak perlukan bola sepak.

“Dan dalam hidup apabila kita tidak rasa gembira atau happy buat sesuatu, kita harus cari benda lain.

“Saya pun banyak tanggungjawab lain. So buat masa ini 50/50,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here