MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.
Beliau memulakan tugas dengan menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Kawalan kehormat itu diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim.
“Menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang diketuai Mejar Abdul Hafizi bin Abdul Halim di Kementerian Pertahanan Malaysia pagi ini – salute ATM (Angkatan Tentera Malaysia)” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau turut berkongsi gambar bersama bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Hishammudin mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin lalu.
Beliau kemudian dijadualkan menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri, bersama barisan Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yyaakob, pagi ini. – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook/Hishamuddin Hussein

