Fokus tetap pada kesejahteraan rakyat, ketahanan ekonomi – Tengku Zafrul

0
1

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata mesyuarat Kabinet pertama yang berlangsung hari ini amat penting bagi menentukan hala tuju kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik.

Beliau berkata, bagi pihak kementeriannya fokus utama adalah memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi yang mampan.

“Memastikan penyampaian bantuan yang cekap dan tepat, serta terus berkerjasama dengan pelbagai pihak melangkaui perbezaan latar belakang dan politik demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam hantaran itu juga, beliau berkongsi tangkap layar Mesyuarat Kabinet pertama secara maya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta barisan jemaah Menteri yang lain hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata beliau membuat perbincangan bersama Timbalan Menteri Kewangan 1, Shahar Abdullah dan Timbalan Menteri Kewangan 2, Yamani Hafez Musa sebelum menghadiri mesyuarat pasca Kabinet.

“Pada saya, untuk menjadi sesebuah pasukan yang mantap, pasukan tersebut haruslah sentiasa in ‘sync’ atau segerak bagi memastikan segala keputusan yang dibuat dapat dicapai dengan kata sepakat.

“Saya pasti YB Shahar dan YB Hj Yamani akan memberikan 110 peratus tenaga dan dedikasi untuk memastikan MOF terus proaktif dalam melaksanakan amanah yang diberi, InsyaAllah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here