Anak yatim disebabkan Covid-19 perlu pembelaan wajar

0
1

KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir menggesa kerajaan bersikap lebih proaktif dalam mengumpulkan data anak yatim yang kematian ibu bapa akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, perkara itu harus diutamakan bagi memastikan keselamatan dan masa depan golongan anak yatim berkenaan terjamin dan mendapat pembelaan sewajarnya.

“Justeru, pihak yang berwajib seharusnya bersikap lebih proaktif dalam mengumpulkan data anak-anak yatim yang harus diutamakan akibat Covid, bagi memastikan keselamatan dan masa depan mereka terjamin,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata, beliau turut merasa sedih membaca laporan media bahawa seramai 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim (atau yatim piatu) akibat Covid-19.

Katanya, walaupun angka yang dilaporkan kecil berbanding lima juta pelajar di seluruh negara ketika ini, namun isu kebajikan anak-anak mangsa Covid-19 perlu diambil perhatian yang serius.

“Menurut Mahani Moin (Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR) implikasi kehilangan ibu bapa adalah serius buat anak-anak yang masih kecil. 

“Mereka menghadapi masalah kesihatan mental, mengalami kekerasan fizikal, gangguan emosi serta menghadapi kemiskinan akibat hilang punca pendapatan,” katanya.

Malah, katanya, laporan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyatakan hanya 33 pelajar yatim piatu seluruh negara dikenalpasti akan diberi bantuan dan perlindungan, adalah sesuatu yang mendukacitakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here