POLIS sedang menyiasat kejadian memasang bendera Malaysia secara terbalik di rumah berhala Boo Too Keng, Kampung Sungai Suluh di Batu Pahat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai berkata pihaknya mengesan gambar yang memaparkan bendera Malaysia dipasang secara balik di rumah berhala tersebut di media sosial semalam.
Susulan itu bertindak atas maklumat pada jam 12.40 tengah hari, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera tersebut telah diturunkan.
“Polis akan memanggil penjaga rumah ibadat tersebut dan individu yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. – Malaysiapost

